Scary Mother (filem)

Scary Mother (Bahasa Georgia: საშიში დედა; Sashishi Deda) merupakan sebuah filem drama Georgia tahun 2017 yang diarahkan oleh Ana Urushadze. Filem ini telah memenangi hadiah utama, Heart of Sarajevo di Festival Filem Sarajevo ke-23.[1] Ia turut telah dipilih mewakili Georgia bagi Filem Bahasa Asing Terbaik Anugerah Akademi ke-90, namun gagal dicalonkan.[2][3] Pelakon, Nato Murvanidze telah memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin Asia Pasifik 2017 menerusi filem ini.[4]

Scary Mother (filem)

Bahasa Bahasa Georgia
Pengarah Ana Urushadze
Penulis Ana Urushadze
Mula ditayangkan 3 Ogos 2017 (2017-08-03) (Locarno)
Tempoh tayangan 107 minit
Negara Georgia
Dibintangi oleh Nato Murvanidze